✿ BLOG SI CANTIK MANIS ✿: May 2015

May 05, 2015

Penerima Anugerah Kecemerlangan Akademik 2014

Assalammualaikum...

Alhamdulillah. Perkataan ni je yang mampu aku ungkap bila nama aku disenaraikan sebagai salah seorang penerima anugerah akademik masa aku jadi student Form 6 tahun lepas.

Nama aku disenaraikan sebagai pelajar terbaik STPM 2013/2014 dan dapat anugerah mata pelajaran terbaik untuk subjek Pengajian Am.

Dapatlah pergi sekolah tadi. Jumpa kawan-2. Aku pergi dengan abah sebab mak sibuk uruskan adik aku yang masih lagi sekolah rendah. Tak apa lah. Aku faham. Walaupun mula-2 kecewa jugak.

Apa yang aku dapat? Aku dapat 2 sijil and cash RM100. Rasa nak melompat weyh. Ingat senang-2 ke nak dapat RM100 camtuh je. Ha ha ha ha.

Sebenarnya , aku ni pemalas pegi sekolah. Tiap-2 tahun wajib dapat surat amaran dari pihak sekolah sebab cuti melampau-2. Kat umah jarang bukak buku. Esok nak periksa , hari nih kalut cari buku. Tapi , bila dah pegang phone kesayangan , buku akan aku awet kat dalam beg.

Terima kasih untuk mak yang tak henti-2 bagi motivasi , hantar aku sampai depan pintu kalau nak pergi sekolah. Terima kasih untuk abah yang tak pernah merungut hantar aku pergi sekolah selama setahun setengah. Terima kasih buat kakak-2 aku yang support aku masa aku pilih Form 6. Tak lupa untuk adik aku yang sekarang sibuk paksa aku perah otak untuk buat homework dia. Ha ha ha ha.

Terima kasih untuk cikgu-2 yang selalu marah aku. Bagi surat amaran. Kekadang aku buat tak tahu je. Tuisyen pun jarang ada. Ha ha ha ha ha. Rakan seperjuangan yang selalu cover aku tak siap homework , bagi aku meniru jawapan korang time test dalam kelas. Aku appreciates sangatttt !!

So , buat student lepasan SPM. Jangan ragu-2 untuk pilih form 6 kalau korang tak tau nak pergi mana dah. Memang korang kena tempuh alam persekolahan , tapi korang dah selangkah nak masuk u. Setahun setengah tuh tak lama pun sayang-2 semua. Masuk U dah boleh buat degree terus. Diploma kt u lama. 3 tahun tau. Ha ha ha ha ha ha.

Doakan aku dapat sambung degree. Aminnnnn.


Sekian , wasalam