✿ Kertasss Kosonggg ✿: August 2015

August 27, 2015

Persediaan Mental & Fizikal


Assalammualaikum...

Selamat nak tengah malam semua. Sekali lagi menjenguk blog yang penuh dengan bunga ros ni ha.
Bukan apa , nak share ke'nervous'an yang berbuku kat hati aku nih. Entry yang lepas , ada someone kata dapat sama course dengan aku kat UiTM Puncak Perdana. Owhhhhh dear , semoga awak muncul dan jadi sahabat saya ye awakkkkkkk. Waiting for youuuuuu ! Mue he he he he.

Hari dah semakin dekat. Jantung nih pun mula la nak meletup. Biasala , tak pernah jauh daripada family. Tuh yang over sikit. Eh bukan sikit. Tapi berlonggok-longgok over nye !

Alhamdulillah , persediaan dah hampir lengkap. Tadi baru uncle posman hantar surat. Dapat Wang Pendahuluan Pinjaman PTPTN. Orang dah siap beli barang baru nak hantar cek. Tak apa lah. Syukur. Boleh buat modal nak beli laptop. Dengar cerita , course aku akan berjinak-2 dengan photoshop. Wuuuuuuu. Boleh la aku master berblog nanti. Kot boleh cari duit tepi.

Puas la aku menggodek pasal MDS kat UiTM. Kenapa aku tak jumpa MDS budak-2 degree kat Puncak Perdana? Semuanya kat Shah Alam. Tak pun dekat Puncak Alam. Aku memang dapat kat Kampus Puncak Perdana. Tapi aku kena daftar kat Puncak Alam? Means??

Aku kena ber MDS dengan Puncak Alam? Lepas tuh hangkut barang-2 yang macam gunung Everest tuh ke Puncak Perdana? Serius? Kena guna kekuatan aku yang sememangnya lembik tahap siput sedut? Someone? Tolong bagitahu aku. Aku memang tengah zero.

Gonna miss my family. My Mom!! Bila fikir time nak tido tuh , boleh banjir woiiiii. Nanti dah jarang dapat tengok mak. Jarang kacau mak kat dapur. Aigooooooo. Ada bas masuk dalam mata. Pape pun , do the best ! Ini impian mak dengan abah. Study Smart dear heart ! You can do it !

Sekian , wassalam.


August 13, 2015

UPU : Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (kepujian) Pengurusan Pusat Sumber


Assalammualaikum...

Alhamdulillah. Result UPU dah menjengahkan diri pada hari selasa 11 Ogos 2015. Nama aku berjaya terbolos dalam senarai nama calon UiTM Puncak Perdana. Ni ha course yang aku dapat , Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (kepujian) Pengurusan Pusat Sumber.


Aku diletakkan di bawah Fakulti Pengurusan Maklumat. Course apa nih? Jangan tanya aku. Aku pun tak tahu. Banyak jugak buat research kat blog-2 student UiTM. Tapi aku masih tak dapat jawapan yang aku nak. Berapa tahun? Subjek apa yang kena bawa?Susah? Senang? Kerjaya lepas tuh? Wallahualam.

Aku tak memilih. Mungkin ini jalan yang ALLAH dah bukak untuk aku. Sekarang aku pelik , mana tahu lepas dah mendalami ilmu nih aku jatuh cinta kan? Percaturan ALLAH tak pernah salah.

Aku akan jadi warga UiTM 1/Sept nanti. Ada yang dapat sama course dengan aku? Meh sep sikit. Kalau ada sesapa yang tahu pasal course nih , mohon tampil bagi pencerahan.

Aku perlukan kata-2 semangat korang. Bukan unsur negatif yang buat bunyi-2 katak panggil hujan. Sibuk dok kata course apa nih? Tak Famous nya. Tak pernah dengar pun. Nonsense. Or pape je lah. Please , I don't need ur words yang boleh patahkan semangat aku nak cari ilmu.

Dah mula membusykan diri buat persiapan. Nasib baik dapat tahu awal. My sister dulu dapat tahu 2 hari lagi nak daftar nun kat USM Penang sana. bayangkan la , kitorang duduk kat Negeri Sembilan. Serius. Persiapan memang tak lengkap. Tapi tahniah sis. Kau dah berjaya sekarang.

Ok guys , wish me luck. Semoga di beri kekuatan , keimanan dan ketaqwaan dalam mencari ilmu. Semoga pengajian aku diberkati ALLAH. Harap ditenangkan hati dan fikiran. Amin ya rabb.

Sekian , wassalam.

August 06, 2015

Misi Jelajah Cameron Highlands


Assalammualaikum...

Salam lebaran buat semua blogger. Lama aku menyepikan diri. Tak sempat nak berblog. Sibuk beraya kata kauuuuu. Raya kan sebulan. Rilek laaaa. Kuih raya kan ada.

Beraya ke rumah sanak saudara dah selesai. Beraya rumah kawan-2 pun dah selesai. Sekarang nak buat misi cuti-2 raya kat Cameron pulak. Masuk nih dah 3 kali aku jejak kan kaki kat tanah Cameron. Tapi , pergi rombongan dengan pergi with family tuh tak sama hokey !

Pergi rombongan semua kena punctual. Siap ada limit masa. Nak berhenti berak pun susah. Ha ha ha ha. If kalau pergi sendiri , suka hati kita la kan. Nak stop dari pagi sampai malam pun tak ada hal.

Misi aku akan bermula esok dan tamat hari ahad. Percutian 3Hari 2Malam. Ala-2 family day gitu. Even taj ramai yang dapat menjoinkan diri dek kerana sibuk bekerja. Actually , benda nih dah plan 2 bulan awal. Sempat sangat nak apply cuti kan. Hurmmmm. Tak tahu la nak kata apa. Tak apa. Yang penting family aku lemgkap. Which is my mom , dad , sisters and brother-in-law. Tambah 2 orang pakcik. Yang lain mereput nak kerja. Oke.

Lepas 3 hari nanti aku update naaaa. Bersiap sedia untuk dengar bebelan aku yang maybe akan berjela sampai terkeluar dari skrin lappy korang. Nasib la. Ha ha ha ha.

*Tengah tunggu result UPU lepasan stpm. Doakan aku.

Sekian. Wassalam.