✿ Kertasss Kosonggg ✿: UPU : Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (kepujian) Pengurusan Pusat Sumber

August 13, 2015

UPU : Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (kepujian) Pengurusan Pusat Sumber


Assalammualaikum...

Alhamdulillah. Result UPU dah menjengahkan diri pada hari selasa 11 Ogos 2015. Nama aku berjaya terbolos dalam senarai nama calon UiTM Puncak Perdana. Ni ha course yang aku dapat , Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (kepujian) Pengurusan Pusat Sumber.


Aku diletakkan di bawah Fakulti Pengurusan Maklumat. Course apa nih? Jangan tanya aku. Aku pun tak tahu. Banyak jugak buat research kat blog-2 student UiTM. Tapi aku masih tak dapat jawapan yang aku nak. Berapa tahun? Subjek apa yang kena bawa?Susah? Senang? Kerjaya lepas tuh? Wallahualam.

Aku tak memilih. Mungkin ini jalan yang ALLAH dah bukak untuk aku. Sekarang aku pelik , mana tahu lepas dah mendalami ilmu nih aku jatuh cinta kan? Percaturan ALLAH tak pernah salah.

Aku akan jadi warga UiTM 1/Sept nanti. Ada yang dapat sama course dengan aku? Meh sep sikit. Kalau ada sesapa yang tahu pasal course nih , mohon tampil bagi pencerahan.

Aku perlukan kata-2 semangat korang. Bukan unsur negatif yang buat bunyi-2 katak panggil hujan. Sibuk dok kata course apa nih? Tak Famous nya. Tak pernah dengar pun. Nonsense. Or pape je lah. Please , I don't need ur words yang boleh patahkan semangat aku nak cari ilmu.

Dah mula membusykan diri buat persiapan. Nasib baik dapat tahu awal. My sister dulu dapat tahu 2 hari lagi nak daftar nun kat USM Penang sana. bayangkan la , kitorang duduk kat Negeri Sembilan. Serius. Persiapan memang tak lengkap. Tapi tahniah sis. Kau dah berjaya sekarang.

Ok guys , wish me luck. Semoga di beri kekuatan , keimanan dan ketaqwaan dalam mencari ilmu. Semoga pengajian aku diberkati ALLAH. Harap ditenangkan hati dan fikiran. Amin ya rabb.

Sekian , wassalam.

6 comments:

Fatin Liyana said...

Alhamdulillah, tahniah ye sebab berjaya melanjutkan pengajian. Awak dapat kat uitm puncak perdana kan? Hehehe tak jauh dari uitm puncak alam :)

Anonymous said...

awak..kos kita sama lar..insyaALLAH nanti dpat jumpa di uitm puncak perdana..insyaALLAH kos ni akan memberi kita pluang pekerjaan..just be positive..okay :D

Blank Nurfa said...

@Fatin Liyana hehehe..terima kasih.. =)

Blank Nurfa said...

@Anonymous Yeay !! dah ada geng !!

Anonymous said...

Sama jugk..pengurusan pusat sumber puncak perdana..

Amyrul Husry said...

Assalamualaikum boleh saya tahu tak pembelajaran untuk kos ni mcm mna e ?