✿ Kertasss Kosonggg ✿: Persediaan Mental & Fizikal

August 27, 2015

Persediaan Mental & Fizikal


Assalammualaikum...

Selamat nak tengah malam semua. Sekali lagi menjenguk blog yang penuh dengan bunga ros ni ha.
Bukan apa , nak share ke'nervous'an yang berbuku kat hati aku nih. Entry yang lepas , ada someone kata dapat sama course dengan aku kat UiTM Puncak Perdana. Owhhhhh dear , semoga awak muncul dan jadi sahabat saya ye awakkkkkkk. Waiting for youuuuuu ! Mue he he he he.

Hari dah semakin dekat. Jantung nih pun mula la nak meletup. Biasala , tak pernah jauh daripada family. Tuh yang over sikit. Eh bukan sikit. Tapi berlonggok-longgok over nye !

Alhamdulillah , persediaan dah hampir lengkap. Tadi baru uncle posman hantar surat. Dapat Wang Pendahuluan Pinjaman PTPTN. Orang dah siap beli barang baru nak hantar cek. Tak apa lah. Syukur. Boleh buat modal nak beli laptop. Dengar cerita , course aku akan berjinak-2 dengan photoshop. Wuuuuuuu. Boleh la aku master berblog nanti. Kot boleh cari duit tepi.

Puas la aku menggodek pasal MDS kat UiTM. Kenapa aku tak jumpa MDS budak-2 degree kat Puncak Perdana? Semuanya kat Shah Alam. Tak pun dekat Puncak Alam. Aku memang dapat kat Kampus Puncak Perdana. Tapi aku kena daftar kat Puncak Alam? Means??

Aku kena ber MDS dengan Puncak Alam? Lepas tuh hangkut barang-2 yang macam gunung Everest tuh ke Puncak Perdana? Serius? Kena guna kekuatan aku yang sememangnya lembik tahap siput sedut? Someone? Tolong bagitahu aku. Aku memang tengah zero.

Gonna miss my family. My Mom!! Bila fikir time nak tido tuh , boleh banjir woiiiii. Nanti dah jarang dapat tengok mak. Jarang kacau mak kat dapur. Aigooooooo. Ada bas masuk dalam mata. Pape pun , do the best ! Ini impian mak dengan abah. Study Smart dear heart ! You can do it !

Sekian , wassalam.


2 comments:

Anonymous said...

awak..saya pon dapt puncak perdana..pengurusan sains maklumat (pusat sumber)boleh kita kenal ti..

hamizah che mat said...

goodluck
KULIT LEMBUT, GEBU DAN CERAH DENGAN ESP