✿ Kertasss Kosonggg ✿: 2015

August 27, 2015

Persediaan Mental & Fizikal


Assalammualaikum...

Selamat nak tengah malam semua. Sekali lagi menjenguk blog yang penuh dengan bunga ros ni ha.
Bukan apa , nak share ke'nervous'an yang berbuku kat hati aku nih. Entry yang lepas , ada someone kata dapat sama course dengan aku kat UiTM Puncak Perdana. Owhhhhh dear , semoga awak muncul dan jadi sahabat saya ye awakkkkkkk. Waiting for youuuuuu ! Mue he he he he.

Hari dah semakin dekat. Jantung nih pun mula la nak meletup. Biasala , tak pernah jauh daripada family. Tuh yang over sikit. Eh bukan sikit. Tapi berlonggok-longgok over nye !

Alhamdulillah , persediaan dah hampir lengkap. Tadi baru uncle posman hantar surat. Dapat Wang Pendahuluan Pinjaman PTPTN. Orang dah siap beli barang baru nak hantar cek. Tak apa lah. Syukur. Boleh buat modal nak beli laptop. Dengar cerita , course aku akan berjinak-2 dengan photoshop. Wuuuuuuu. Boleh la aku master berblog nanti. Kot boleh cari duit tepi.

Puas la aku menggodek pasal MDS kat UiTM. Kenapa aku tak jumpa MDS budak-2 degree kat Puncak Perdana? Semuanya kat Shah Alam. Tak pun dekat Puncak Alam. Aku memang dapat kat Kampus Puncak Perdana. Tapi aku kena daftar kat Puncak Alam? Means??

Aku kena ber MDS dengan Puncak Alam? Lepas tuh hangkut barang-2 yang macam gunung Everest tuh ke Puncak Perdana? Serius? Kena guna kekuatan aku yang sememangnya lembik tahap siput sedut? Someone? Tolong bagitahu aku. Aku memang tengah zero.

Gonna miss my family. My Mom!! Bila fikir time nak tido tuh , boleh banjir woiiiii. Nanti dah jarang dapat tengok mak. Jarang kacau mak kat dapur. Aigooooooo. Ada bas masuk dalam mata. Pape pun , do the best ! Ini impian mak dengan abah. Study Smart dear heart ! You can do it !

Sekian , wassalam.


August 13, 2015

UPU : Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (kepujian) Pengurusan Pusat Sumber


Assalammualaikum...

Alhamdulillah. Result UPU dah menjengahkan diri pada hari selasa 11 Ogos 2015. Nama aku berjaya terbolos dalam senarai nama calon UiTM Puncak Perdana. Ni ha course yang aku dapat , Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (kepujian) Pengurusan Pusat Sumber.


Aku diletakkan di bawah Fakulti Pengurusan Maklumat. Course apa nih? Jangan tanya aku. Aku pun tak tahu. Banyak jugak buat research kat blog-2 student UiTM. Tapi aku masih tak dapat jawapan yang aku nak. Berapa tahun? Subjek apa yang kena bawa?Susah? Senang? Kerjaya lepas tuh? Wallahualam.

Aku tak memilih. Mungkin ini jalan yang ALLAH dah bukak untuk aku. Sekarang aku pelik , mana tahu lepas dah mendalami ilmu nih aku jatuh cinta kan? Percaturan ALLAH tak pernah salah.

Aku akan jadi warga UiTM 1/Sept nanti. Ada yang dapat sama course dengan aku? Meh sep sikit. Kalau ada sesapa yang tahu pasal course nih , mohon tampil bagi pencerahan.

Aku perlukan kata-2 semangat korang. Bukan unsur negatif yang buat bunyi-2 katak panggil hujan. Sibuk dok kata course apa nih? Tak Famous nya. Tak pernah dengar pun. Nonsense. Or pape je lah. Please , I don't need ur words yang boleh patahkan semangat aku nak cari ilmu.

Dah mula membusykan diri buat persiapan. Nasib baik dapat tahu awal. My sister dulu dapat tahu 2 hari lagi nak daftar nun kat USM Penang sana. bayangkan la , kitorang duduk kat Negeri Sembilan. Serius. Persiapan memang tak lengkap. Tapi tahniah sis. Kau dah berjaya sekarang.

Ok guys , wish me luck. Semoga di beri kekuatan , keimanan dan ketaqwaan dalam mencari ilmu. Semoga pengajian aku diberkati ALLAH. Harap ditenangkan hati dan fikiran. Amin ya rabb.

Sekian , wassalam.

August 06, 2015

Misi Jelajah Cameron Highlands


Assalammualaikum...

Salam lebaran buat semua blogger. Lama aku menyepikan diri. Tak sempat nak berblog. Sibuk beraya kata kauuuuu. Raya kan sebulan. Rilek laaaa. Kuih raya kan ada.

Beraya ke rumah sanak saudara dah selesai. Beraya rumah kawan-2 pun dah selesai. Sekarang nak buat misi cuti-2 raya kat Cameron pulak. Masuk nih dah 3 kali aku jejak kan kaki kat tanah Cameron. Tapi , pergi rombongan dengan pergi with family tuh tak sama hokey !

Pergi rombongan semua kena punctual. Siap ada limit masa. Nak berhenti berak pun susah. Ha ha ha ha. If kalau pergi sendiri , suka hati kita la kan. Nak stop dari pagi sampai malam pun tak ada hal.

Misi aku akan bermula esok dan tamat hari ahad. Percutian 3Hari 2Malam. Ala-2 family day gitu. Even taj ramai yang dapat menjoinkan diri dek kerana sibuk bekerja. Actually , benda nih dah plan 2 bulan awal. Sempat sangat nak apply cuti kan. Hurmmmm. Tak tahu la nak kata apa. Tak apa. Yang penting family aku lemgkap. Which is my mom , dad , sisters and brother-in-law. Tambah 2 orang pakcik. Yang lain mereput nak kerja. Oke.

Lepas 3 hari nanti aku update naaaa. Bersiap sedia untuk dengar bebelan aku yang maybe akan berjela sampai terkeluar dari skrin lappy korang. Nasib la. Ha ha ha ha.

*Tengah tunggu result UPU lepasan stpm. Doakan aku.

Sekian. Wassalam.

June 09, 2015

Kelebihan BVRC Pada Aku


Assalammualaikum...

Ehem-2. Aku ada buat entry pasal BVRC atau K-Colly last year. Ramai jugak yang bagi feedback. Ada yang consume K-Colly. Ada yang guna BVRC. Ada juga yang prefer satin skinz.

Pada yang tanya pada aku tuh , aku pernah consume BVRC for two months. Means , 2 botol la. Korang jangan terkejut kalau tengok botol dia kecik cenonit je. BVRC 5 kali ganda kecik berbanding K-Colly. Korang cuma kena telan sikit je la.

Ok. Sekarang aku nak citer apa manfaat yang aku dapat berdasarkan pengalaman aku. Bukan rekaan ok. Bukan macam orang yang nak pomot jualan. Bukan main panjang lagi manfaat dia.

Apa yang paling aku happy masa guna BVRC is aku dapat kurangkan senggugut. Yes ! Senggugut. Tapi , bukan hilang terus tau. Just kurangkan rasa sakit tuh sikit.

Dari segi kecerahan , mungkin tak banyak beza. Tak tau la kalau aku tak perasan. Cuma aku boleh kata rasa dia sedap la.

Kenapa aku stop lepas 2 botol?? Bukan sebab ada efek , tapi tak ada fulus. Ahahahahaha. Mungkin kecerahan tuh belum sempat bertindak balas.

Insya-Allah , kalau ada rezeki aku consume la semula. Tuh pun kalau aku nak. Sebab sekarang nih , aku risau kalau-2 ada efek akan datang. Mana la tau kan.

Yang peting  , minum la air kosong banyak-2. Confirm kulit tak kering , bibir pink. Tak cerah pun tak apa. Yang penting hati cerah. K Byeeee !! hahahahahahaha


Sekian , wasalam.


May 05, 2015

Penerima Anugerah Kecemerlangan Akademik 2014

Assalammualaikum...

Alhamdulillah. Perkataan ni je yang mampu aku ungkap bila nama aku disenaraikan sebagai salah seorang penerima anugerah akademik masa aku jadi student Form 6 tahun lepas.

Nama aku disenaraikan sebagai pelajar terbaik STPM 2013/2014 dan dapat anugerah mata pelajaran terbaik untuk subjek Pengajian Am.

Dapatlah pergi sekolah tadi. Jumpa kawan-2. Aku pergi dengan abah sebab mak sibuk uruskan adik aku yang masih lagi sekolah rendah. Tak apa lah. Aku faham. Walaupun mula-2 kecewa jugak.

Apa yang aku dapat? Aku dapat 2 sijil and cash RM100. Rasa nak melompat weyh. Ingat senang-2 ke nak dapat RM100 camtuh je. Ha ha ha ha.

Sebenarnya , aku ni pemalas pegi sekolah. Tiap-2 tahun wajib dapat surat amaran dari pihak sekolah sebab cuti melampau-2. Kat umah jarang bukak buku. Esok nak periksa , hari nih kalut cari buku. Tapi , bila dah pegang phone kesayangan , buku akan aku awet kat dalam beg.

Terima kasih untuk mak yang tak henti-2 bagi motivasi , hantar aku sampai depan pintu kalau nak pergi sekolah. Terima kasih untuk abah yang tak pernah merungut hantar aku pergi sekolah selama setahun setengah. Terima kasih buat kakak-2 aku yang support aku masa aku pilih Form 6. Tak lupa untuk adik aku yang sekarang sibuk paksa aku perah otak untuk buat homework dia. Ha ha ha ha.

Terima kasih untuk cikgu-2 yang selalu marah aku. Bagi surat amaran. Kekadang aku buat tak tahu je. Tuisyen pun jarang ada. Ha ha ha ha ha. Rakan seperjuangan yang selalu cover aku tak siap homework , bagi aku meniru jawapan korang time test dalam kelas. Aku appreciates sangatttt !!

So , buat student lepasan SPM. Jangan ragu-2 untuk pilih form 6 kalau korang tak tau nak pergi mana dah. Memang korang kena tempuh alam persekolahan , tapi korang dah selangkah nak masuk u. Setahun setengah tuh tak lama pun sayang-2 semua. Masuk U dah boleh buat degree terus. Diploma kt u lama. 3 tahun tau. Ha ha ha ha ha ha.

Doakan aku dapat sambung degree. Aminnnnn.


Sekian , wasalam

March 12, 2015

Nak pilih course apa UPU ni?? Arrggghhhh !

Assalammualaikum..

pening..kusut..serabai dan macam-2 lagi yang melanda kepala hotak aku nih..
akibatnya , timbul la jerawat besar-2 gajah kat muka aku yang comel lagi cantik..he he he
stress la kater nyeeeerr..

lepas result STPM keluar hari tuh , aku pon pakat la dok isi UPU + USM..
isi sesedap rasa..penuhkan ruang..
bila da siap..aku pon dengan leganya..pikir masalah dah settle..

tapi , tadi tetiba termuncul pulak kerajinan nak check syarat kelayakan..
sebelum mohon tuh dah check..tapi masa mohon course yang ditawarkan tuh tak sama !!
masa check syarat kata 3 tahun..pastuh check lagi..3 tahun sengah..check lagi..4 tahun..
erkkk..permainan apakah ini??

kalau boleh aku nak yang 3 tahun je untuk aku bawak balik ijazah tuh..
aku pulak spesis yang tak suka nombor-2 nih..
aku mungkin lebih kepada hafalan..
aku student sastera..cabang tuh banyak kepada bahasa la kan..

serius..kalau korang ada suggestion..tolong la akuuuuu..
aku buntuuu..
aku tak tau nak mohon apa..
yang banyak peluang pekerjaan..
memang..rezeki ALLAH tuh luas..
sekurang-2 nya aku kena usaha mencari kan..bukan berserah terus..
rezeki tak kan jatuh tergolek berguling ke riba kalau tak ada usaha..
betul kan??

sekian , wasalam..

February 05, 2015

Fakulti Information Management?? Pendapat korang?? Tolongggggg !

Assalammualaikum..

selamat malam semua..
dah dekat seminggu aku dok pikir nak apply apa kat upu nih..
aku baru dapat result sem 3 untuk STPM 2013/2014..
hurmm..Alhamdulillah , walaupun tak sebagus mana..bersyukur jugakk..

aku nak mintak pendapat korang yang baik hati dan suka kan sikap tolong menolong nih..
haha..aku ada jugak selidik-2 blog orang lain sebab nak tau lebih lanjut..

aku spesis yang tak sukakan math..
so , korang ada pendapat? ke mana aku nak pergi lepas ni?
cehhhh..maksud aku , apa yang patut aku apply..

aku takut jugak nak main sebat je..
jap lagi punah harapan nak masuk u..
if masuk pun , takut tak boleh bawak..

jiran-2 ramai suruh apply pendidikan..
hurmm..pendidikan lama sangatttt..nanti keluar pun belum tentu dapat kerja kan?
nak ceburkan diri dalam linguisik like my sis..
tapi dia kata , bidang tuh tak janjikan pekerjaan..

so koranggggg?? help meee !!


sekian , wasalam

January 17, 2015

Hala Tuju Aku Selepas Ini ?

Assalammualaikum...

salam 1 Malaysia rakan bloggers ku yang tercinta !
dah habis masa belajar kat form 6 selama setahun setengah..
sekarang tengah dok menanam padi tepi umah..ha ha ha..
mana datang sawah entah..
tanah berbatu banyak la keliling umah nih ha..

biasanya , student-2 lepasan spm/stpm mahupun students sekolah menengah yang cuti panjang kompen eksaited nak tercebur dalam dunia pekerjaan kan??
errrgghhhh..aku bukan spesis yang macam tuuuuuuuuuuuuuuu !!

bukan la aku nak berlagak ke apa..demi Allah , tak terniat langsung macam tuh..
ada hasrat nak berkerja tuh..tapi , tak apalah..
InsyaAllah..kalau ada rezeki sambung ke universiti , belajar la dulu..
sampai bawak balik ijazah naaaa..

lepas tuh baru dok pikir nak kerja..
kalau kerja sekarang , takut dah tak nak belajar..
kot-2 dah jatuh hati gila kat pekerjaan tuh..
langsung terkubur impian nak masuk universiti..
no no no no no no  !

cakap pasal nak masuk u..aduuuuiiii..
pening kepala aku sebab nak tunggu result keluar..
dengar-2 result sem 3 bakal terjengul 28/01/2015..
uuuuwwwaaarrrgggghhhhhh !!

dengan result MUET aku yang cukup makan..
apa pun , aku masih bersyukur..
kalau ada rezeki , tak kemana kan..
aku dah usaha..sekarang berdoa dan tawakal je la..

ramai yang tanya kalau further study nak amik course apa..
halahhhh..anda semua bawak bertenang ye..
result cheq keluaq sat gi..cheq pikiaqq dulu puas-2..cheq habaq kat hang pa semua..
cheq tak mau berangan tinggi sangattt..cheq takut cheq gayatttt..
jatuh tersingkuq sat gi..apa pun tak dapat..

sekian , wasalam..